TABIKA PERPADUAN TAMAN MELOR.
Tabika Perpaduan Taman Melor mula di tubuhkan pada tahun 2005,
beralamat di Pusat Rukun Tetangga, Lorong 6 Taman Melor, 36000,
Teluk Intan, Perak. Merupakan sebuah bangunan hakmilik Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional dibawah Jabatan Perdana Menteri.
Bangunan ini dibina untuk kemudahan penduduk setempat.
Dibangunan ini juga Tabika Perpaduan ditempatkan dan sebuah bilik mesyuarat KRT.
Kawasan yang luas dan sangat selesa sesuai untuk kanak-kanak Tabika melakukan
aktiviti luar. Alat Permainan Luar juga diseiakan.
Pernah juga suatu ketika pada tahun 2006, tempat ini dijadikan bangunan contoh dan
juga melaksanakan projek bumi hijau bergabung dengan Jabatan Pertanian.
Tabika Perpaduan Taman Melor pernah meraih anugerah diperingkat negeri bagi
kategori Tabika dan KRT cemerlang dan mendapat saguhati diperingkat Kebangsaan.
Seramai 25 orang pelajar yang terdiri dari berbagai kaum.
Berumur dari 4 hingga ke 5 tahun yang telah menerima pendidikan awal diTabika ini.
Tabika Perpaduan Taman Melor mendapat sambutan dari penduduk setempat dan
kawasan yang berhampiran.
Pandangan sisi Tabika
Alat Permainan Luar
Sudut Inovasi - Permainan Teng-Teng.
Aktiviti Bercerita bersama Kanak-kanak Tabika.
No comments:
Post a Comment